Pernahkah anda melihatnya
Maksud:
Arca adalah suatu bentuk dalam
susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari
pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu
sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan
menguris.
Di mana?
Selalunya arca dapat dilihat di galeri,
Taman permainan,Dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong
seperti di muzium dan Tugu Peringatan.
Tahukah anda jenis – jenis arca?
Arca
bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkanobjek sebenar yang
difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca
abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan
yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut.
Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala
pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk
arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik
dan arca berfungsi.
•Arca Asemblaj
Arca ini adalah cantuman
daripada pelbagai bahan buangan yang berbeza dan digabungkan
menjadisebuah arca serta mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun
1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai “junk sculpture”, iaitu
arca barangan terpakai atau buruk dan rosak. Arca Asemblaj yang terkenal
ialah “Homeege to New York”, karya Jean Tinguely
•Arca Binaan
Arca
ini ialah pembinaan cantuman daripada bahan-bahan yang sama. Misalnya
jika besi maka cantumannya juga besi. Sekiranya bahan kayu maka
canumannya juga adalah kayu. Arca jenis ini boleh dibina berasaskan
teknik kerangka atau tidak berkerangka. Untuk teknik kerangka, ia
digunakan sebagai struktur asa atau bahagian dalaman biasanya diperbuat
daripada dawai, keluli dan sebagainya. Bahagian luar mengandngi lapisan
lain seperti bancuhan simen. Arca tanpa kerangka pula dibina berasaskan
cantuman bahan-bahan seperti logam yang dicantum samada secara pateri
atau kimpalan.
•Arca Luakan
Pembinaan arca melalui teknik
ukiran dan membuang mana-mana bahagian batu atau kayu. Biasanya bahan
pembinaan arca ini ialah batu atau kayu, batu marmar, plaster of paris,
lilin, tanah liat dan sebagainya. Pelbagai alat digunakan bergantung
pada jenis dan kekerasan bahan. Contohnya, jika menggunakan alatan tajam
untuk proses memotong, memahat, mengikis dan sebagainya. Contoh arca
luakan antarabangsa yang terkenal ialah patung “David” karya
Mochelangelo
•Arca Timbulan
Arca ini jga dikenali sebagai arca
relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian
ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara
cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca
dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang
mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul
dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan
Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang
menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.
•Arca Tambahan
Pembinaan
arca tambahan dilakukan dengan menggunakan baha-bahan lembut seperti
tanah liat dan bahan-bahan rapuh. Terdapat juga bahan cecair yang
kemdiannya dkeraskan melalui acuan seperti plaster paris, tanah liat,
lilin dan sebagainya. Setelah acuan disediakan, cairan akan dituang ke
dalam acuan. Seterusnya cairan tersebut akan membeku dan menjadi arca.
Contoh arca tambahan / acuan ialah Tugu Negara.
•Arca Mobail
Arca
ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya
terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak.
Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender
Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan
diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi
pergerkannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh
terawang-awang.
•Arca Stabail
Berbeza dengan mobail, ia tidak
terawang tetapi boleh bergerak kerana kedudukan yang boleh
bergerak.•Arca GabunganArca gabungan ialah pengabungan beberapa jenis
arca dalam menghasilkan karya. Gabungan ini bukan sahaja dari segi jenis
malah teknik penghasilannya yang diserap dan dipengaruhi oleh disiplin
lain seperti catan, cetakan dan sebagainya. Arca ini mempunyai pengaruh
instalasi apabila penonton menikmati karya dengan berada dalam ruang
persembahan arca tersebut dan bukan hanya di hadapan arca itu sahaja.
Ini disebabkan ruang galeri telah menjadi sebahagian daripada karya.
Tambahan pula, arca gabungan ini merupakan kombinasi daripada disiplin
arca binaan, timbulan dan asemblaj
•Arca Dinding
Arca dinding
diperkenalkan oleh pelukis Abdul Latiff Mohidin. Arca ini adalah
integrasi antara catan dan arca yang dihasilkan di atas permukaan kayu
dan terlekat di dinding. Biasanya arca dinding dihasilkan di atas
kepingan kayu atau bangunan dan sebagai hiasan di meja, dinding atau
digantung pada syiling . di Malaysia antara arca dinding yang terkenal
adalah “Langkawi – 1977 daripada Abdul Latiff Mohidin”.
Tahukah anda ciri – ciri arca?
•DIORAMA•
Diorama
ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek
untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut
hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu
hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun
sisi.•Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan
pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak
dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan
berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan
untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema
diorama.•STABAIL•Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh
bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja
boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada
satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai
sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak
secara terawang-awang.•Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut
kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah
didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu
siling.•MOBAIL•Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau
bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah
arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik .
Mobail biasanya digantung di atas siling.•Bahagian mobail dicantumkan
pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak.
Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang
digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk
membolehkannya bebas bergerak.•ASEMBLAJ•Asemblaj adalah himpunan
bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara
perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya
aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya
juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.Apakah bahan yang
digunakan dalam menghasilkan arca?DIORAMA•Bahan•Kotak kosong, gam,
pengokot , pita pelekat, plastisin, kertas warna, plastik lutsinar,
benang dan bahan hiasan yang sesuaiMOBAIL•Bahan•Dawai , tali, penyangkut
baju, kayu dan bahan ringan yang sesuai digantung.MODEL•Bahan•Gam, pin,
dawai kokot, pita pelekat , kadbod, kertas warna dan bahan
kutipanSTABAIL•Bahan•Dawai, tali, penyangkut baju, kayu dan bahan ringan
yang sesuai digantung
No comments:
Post a Comment