Saturday, May 19, 2012

Arkitek yang Terkenal di China, Li Xinggang


Arkitek yang Terkenal di China, Li Xinggang


Pada 17 April 2003, selepas persaingan yang hebat, reka bentuk pembinaan “Sarang Burung” terpilih sebagai projek pembinaan Stadium Negara China, iaitu Stadium Utama Sukan Olimpik Beijing tahun 2008. Pada masa itu, pelbagai media massa di China telah menyiarkan bahawa “warga Swizerland merupakan pereka bentuk Stadium Utama Sukan Olimpik Beijing”. Di samping memberi penghormatan kepada arkitek Swizerland, orang ramai juga menghargai sumbangan Li Xinggang, Naib Ketua Arkitek Akademi Reka Bentuk Pembinaan China. Beliau juga Ketua Arkitek pihak China bagi projek “Sarang Burung” Stadium Negara China. Li Xinggang dilahirkan di Kaunti Leting, Provinsi Hebei, China. Walalupun keluarganya kurang mampu, akan tetapi, ibu bapa Li Xinggang dengan sepenuhnya menyokong Li Xinggang belajar sejak sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah. Sebagai anak sulung, Li Xinggang amat menghargai kasih sayang ibu bapanya dan sentiasa berazam belajar dengan gigih. Li Xinggang sangat bijak. Sejak kecil, beliau sentiasa cemerlang dalam peperiksaan. Selain itu, beliau banyak kegemaran, seperti melukis dan meminati kesusasteraan. Kegemaran tersebut telah memupuk bakatnya dalam bidang kesenian. Pada tahun 1987, Li Xinggang menduduki peperiksaan untuk memasuki universiti. Beliau mendapat markah yang tertinggi di kauntinya dan memasuki Fakulti Pembinaan Universiti Tianjin. Pembelajaran selama empat tahun di universiti telah menarik minat Li Xinggang terhadap bidang pembinaan. Beliau belajar bersungguh-sungguh dan menimba ilmu dalam bidang pembinaan pada setiap hari. Selepas tamat pengajian dari Universiti Tianjin, Li Xinggang berhijrah ke Beijing untuk memulakan kerjayanya. Li Xinggang selalu melawat ke pelbagai tempat di luar negara kerana bertugas di sana. Beliau menganggap setiap lawatan itu sebagai peluang untuknya belajar seni bina luar negara. Pada bulan Disember tahun 2002, dua orang arkitek Swizerland yang terkenal, Herzog dan DeMeuron telah mengundang arkitek Akademi Reka Bentuk Pembinaan China, mereka berharap supaya mencari seorang arkitek yang mahir dalam bidang kebudayaan China dan berpandangan jauh untuk bersama-sama mereka membuat kerja reka bentuk stadium utama Sukan Olimpik Beijing tahun 2008. Oleh sebab hasil kerja beliau yang cemerlang, Li Xinggang telah dicalonkan oleh pihak Akademi Reka Bentuk Pembinaan China ke Swizerland. Pada bulan Januari tahun 2003, Li Xinggang melawat ke Swizerland untuk menjalankan tugas yang istimewa itu. Selepas tiba di Swizerland, Li Xinggang bersungguh-sungguh bekerja sepanjang hari. Kerja Li Xinggang terbahagi kepada tiga aspek. Yang pertama, dalam perbincangan peringkat awal, beliau bersama-sama pasukannya mendengar cadangan kedua-dua arkitek Swizerland dan menyumbangkan cadangannya sendiri. Selepas cadangan itu ditetapkan, Li Xinggang segera memulakan kerja aspek yang kedua, iaitu menjalankan kerja reka bentuk. Tugas Li Xinggang adalah untuk mereka bentuk bahagian asas stadium. Kerja beliau yang ketiga adalah untuk menghubungi pakar-pakar China, Syarikat Projek OveArup Britain dan arkitek Swizerland berharap rancangan itu dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkesan. Pada 18 Mac 2003, cadangan reka bentuk “Sarang Burung” itu telah dikemukakan kepada pihak penganjur. Li Xinggang dengan penuh keyakinan telah memperkenalkan cadangan reka bentuk “Sarang Burung” itu kepada pelbagai media. Pada 17 April 2003, selepas penilaian pakar yang teliti dan pengundian awam, rancangan “Sarang Burung” telah dipilih sebagai projek Stadium Negara China, iaitu stadium utama Sukan Olimpik Beijing Tahun 2003. Tidak lama selepas itu, Li Xinggang telah menubuhkan sebuah pejabat reka bentuk beliau sendiri dan menghasilkan reka bentuk yang terbaik bagi mengharumkan nama China dalam bidang pembinaan di arena antarabangsa.

No comments:

Post a Comment